Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelakon Baharu Zahirah Macwilson Tidak Mahu Berlakon Adegan Panas Dan Watak Seksi

Zahirah Macwilson, seorang pelakon berdarah kacukan Australia – Melayu yang kini sudah mula mendapat tempat di hati penonton  di Malaysia selepas membintangi drama bersiri Mencintaimu di slot Akasia TV3 selaku heroin bersama aktor Sharnaaz Ahmad.

Advertisement

Tidak dapat dinafikan, beliau mempunyai wajah yang cukup jelita dan mampu memikat hati setiap mata yang memandang.

Baru sahaja melangkah ke industri hiburan tempatan, Zahirah nampaknya mempunyai pendirian beliau sendiri apabila tidak mahu melakonkan sebarang adegan panas atau membawa watak yang terlalu seksi kerana tidak mahu terpalit dengan kontroversi.

Buat Zahirah, beliau tidak ingin mendatangkan aib kepada keluarganya dan turut tidak mahu terlibat dengan gosip dan cinta lokasi.

Dek kerana itu saya mahu memilih karya, saya tidak kisah menjadi pelakon tambahan tetapi memilih untuk tidak melakonkan adegan ‘daring’ dan watak yang terlalu seksi.

Saya tidak mahu perkara sedemikian mendatangkan aib kepada keluarga. Lagipun, saya mahu mengelakkan daripada terlibat dengan sebarang kontroversi. Kalau boleh juga, saya mahu jauhkan diri daripada gosip dan cinta lokasi.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, Zahirah sebelum ini penah berlakon dalam beberapa drama lain seperti Hidayahmu Ramadhan, Tanah Kubur serta Mr London dan Ms Langkawi. Beliau juga memiliki Ijazah Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia.

Sumber Berita: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top