Pelakon Baharu Janna Nick Mula Berlagak Diva?

Hiburan

Pelakon Baharu Janna Nick Mula Berlagak Diva?

Jika anda meminati drama Syurga Nur di slot Akasia TV3, pasti anda kenal dengan watak nur yang dibawa oleh pelakon baharu Janna Nick. Baru sahaja mula meningkat naik namanya dalam dunia lakonan menerusi drama tersebut, ada khabar angin yang mengatakan pelakon baharu ini sudah mula berlagak diva dan memandang sebelah mata terhadap pelakon tambahan ketika berada di set penggambaran.

Advertisement

Walaubagaimanapun, menerusi portal Berita Harian gadis kacukan Cina-Thailand- Pakistan ini menafikan gosip tersebut dan menganggap ia sebagai lumrah kehidupan seorang artis yang selalu akan dihimpit kontroversi.

Lucu apabila ada pihak yang keluar dengan gosip mengatakan saya seorang diva. Orang sekeliling yang mengenali saya pasti tahu kebenaran dakwaan itu. Saya enggan melatah kerana tahu ianya tidak benar sama sekali.

Cuma saya tidak mahu ada pihak yang salah faham dengan diri saya kerana cerita yang tidak benar ini. Ia sekali gus menutup periuk nasi saya kerana mungkin ada produksi yang berfikir beberapa kali untuk bekerja dengan saya.

Buat Janna, pasti ada pihak yang sudah salah erti dengan sikapnya yang sememangnya suka bergurau secara kasar. Jelas beliau, setakat ini beliau tidak pernah datang lambat ke lokasi dan sama sekali membezakan orang atas mahupun bawah dalam sesebuah produksi.

Setakat ini saya tidak pernah lambat ke sebarang lokasi penggambaran dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada produksi.

Tidak sesekali saya memandang orang atas bawah dan menjeling kepada mereka. Mustahil apabila ada yang menggelar saya bersikap dingin dengan pelakon tambahan kerana saya sering makan bersama warga produksi dan sebagainya.

Baguslah kalau Janna Nick tidak bersikap sebegitu walaupun pada hakitkatnya ada juga artis yang belum setahun jagung dalam industri sudah mula berlagak diva, itu pun baru popular dengan satu drama sahaja.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...