Pelakon Baharu Jangan Asyik Kejar Populariti – Lisa Surihani

Hiburan

Pelakon Baharu Jangan Asyik Kejar Populariti – Lisa Surihani

Bukan mudah untuk mengekalkan nama didalam industri sehingga sekarang dan hanya bermula daripada bawah, pelakon Lisa Surihani ada memberikan pandangan beliau sendiri mengenai kehadiran pelakon baharu yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kini.

Advertisement

Menurut Lisa, pendatang baharu tidak perlu terlalu mengejar glamor kerana ia hanya bersifat sementara. Apa yang penting disiplin dan terapkan sikap menghormati orang sekeliling.

Jika terlalu mengejar glamor, kita hanya mampu bertahan sementara. Saya tahu, populariti penting dalam mempengaruhi perjalanan kerjaya, tetapi jangan jadikan ia sebagai sasaran utama. Dalam meraih kejayaan sebagai pelakon, jangan lupa menghormati orang di sekeliling kita.

Tidak dinafikan pelakon baharu mungkin boleh memberikan kelainan dan mencorak lagi industri tetapi biarlah populariti itu hadir dengan sendiri seiring dengan usaha dan bakat yang ada.

Saya dulu menyertai industri hiburan kerana mahu belajar dan dalam masa sama, mencari sumber pendapatan. Tetapi perlu diingatkan, usah terlalu mengejar populariti kerana ia akan hadir dengan sendiri.

Nasihat dan pandangan yang agak baik diberikan oleh Lisa Surihani buat mereka yang baru ingin menapak dalam bidang seni. Janganlah terlalu ingin menjadi popular kerana ia memang tidak kekal  lama, buktikan bakat yang anda ada dan berusaha keras untuk melakukan yang terbaik jika ingin kekal lama.

Sumber Berita : BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...