February 21st, 2018

Pelakon Ardell Aryana baru-baru ini menajadi viral apabila penampilan beliau yang kini berhijab sepenuhnya mendapat pujian daripada netizen. Rata-rata mengakui beliau tampak lebih manis dan comel. Walaubagaimanapun, beberapa hari lalu ada dakwaan mengatakan Ardell telah membuka tudung gara-gara terdesak ingin berlakon dalam sebuah filem bertajuk Surf This Love Gelora Juara.

Namun, semua itu cuma salah faham sahaja. Ardell yang tampil menafikan tuduhan itu menjelaskan penggambaran filem itu dibuat pada tahun 2016 sebelum beliau bertudung sepenuhnya.

Bersedia untuk dikecam atau tidak, ramai beranggapan saya buka tudung dalam lakonan sebab terdesak tiada tawaran. Padahal filem ini menjalani penggambaran pada 2016 yakni sebelum saya ambil keputusan untuk bertudung pada akhir tahun lalu.

Kalau difikir logik akal, agak mustahil untuk sebuah filem itu siap dan sudah boleh ditayangkan dalam tempoh waktu yang singkat sedangkan Ardell baru sahaja membuat keputusan untuk berhijab. Memang tidak wujud isu beliau buka tudung. Haih, macam-macamlah netizen kita ni.

Sumber Berita : Harian Metro


25 responses to “Pelakon Ardell Aryana Nafi Buka Tudung Kerana Terdesak Ingin Berlakon”

  1. Anonymous says:

    asama pedas untuk dia

Loading...