July 30th, 2018

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Amelia Henderson yang namannya kini sedang meningkat naik dalam industri hiburan tanah air selepas muncul dalam drama Pengantin 100 Hari dan Jangan Benci Cintaku. Kalau ada yang masih ingat, Amelia sewaktu zaman kanak-kanaknya juga terlibat dalam iklan komersial.

Mempunyai darah kacukan India dan Scotland, umu mengetahui Amelia sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja. Namun, sejak kebelakangan ini khabar mengenai rumah tangganya yang dikatakan goyah sering menjadi bualan ramai. Ada yang mengatakan Amelia dan suami sudah bercerai.

Baru-baru ini, status perkahwinan Amelia terus menjadi tanda tanya dan mendapat perhatian apabilada ada seorang pengguna Twitter memuat naik kenyataan mendakwa suami pelakon wanita itu sedang hangat bercinta dengan gadis lain.

Jika benar wujudnya skandal seperti yang dikatakan, rata-rata netizen merasakan Amelia berhak mendapat seorang lelaki yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, Amelia menjelaskan mereka secara baik dan tidak wujud isu orang ketiga. Malah, beliau masih lagi berkawan baik dengan bekas suaminya itu dan kini sangat bahagia dengan kehidupan masing-masing. Amelia pada masa yang sama meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.

Nampaknya segala tanda-tanya mengenai status perkahwinan Amelia sudah terjawab. Kalau mereka boleh berkawan baik, apa salahnya mendoakan agar hubungan yang terjalin itu dapat kekal sehingga akhirnya. Mungkin mereka berdua sudah redha dengan apa yang terjadi, jadi netizen juga tidak perlu melatah dan ‘chill’ sahaja. Bak kata Amelia, doakan yang baik-baik.


40 responses to “Pelakon Amelia Henderson Jelas Isu Sudah Berpisah Dengan Suami”

  1. yam says:

    susah dari segi protokol kut dalam kerabat ni. macam2 nak kena jaga. dia dah la muda lagi kekok la kut. tapi ritu dia selebret bday alex cam ada nampak wine. hopefully dia masih islam la. tapi tu la kadang yg islam pun sama duk tonggang kencing setan nu sooooo…

  2. Anonymous says:

    She is damn pretty.

  3. Hawa Diana says:

    Anton x semestinya bertuah

  4. RAKYAT SPONSOR says:

    cantik & jambu si amelia nie.. memang ada pacakage berada di persada seni.. tapi bakat kena asah & berdisplin ya.. sekadar anak kerabat podahhhhh.. you all ingat org kerabat kaya.. RAKYAT yg kaya SPONSOR golongan ini.. hidup macam parasit!!

    • Anonymous says:

      die dah lama lah dr die kecik lagi kot x salah aku buat iklan susu n mcm2 lagi, tapi since die kawen terus die senyap sbb die kawen muda sgt age 19 or 21 x salah. tapi bagusnye die mmg sgt jaga aib relationship tapi kesian ex hubs die plak yg melebih2 up gmbr new gf siap beraya sakan. sian amelia.

  5. Anonymous says:

    No wonder dah start berlakon balik sebab since kahwin mmg senyap terus. Pity her punyelaa nak cover isu rumahtangga tup2 ex sendiri pegi upload gmbr new gf. Harap amelia kekal terus dlm agama islam tu je yg penting.

Loading...