October 1st, 2020

Belum reda nampaknya kemelut rumah tangga antara Nadia Brian dan Muizz Nasruddin apabila muncul pula dakwaan mengatakan pelakon Aidit Noh menjadi punca permasalahan pasangan ini.

Aidit dikatakan telah menjadi ‘orang ketiga’ namun suami kepada pelakon Nadia Brian, Muizz enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit namun percaya segala kebenaran pasti akan terbukti suatu hari nanti.

“Kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti satu hari nanti. Saya percaya Allah akan mudahkan segalanya. Saya tak nak komen lebih. Cuma satu hari nanti, kebenaran akan keluar sendiri. Terpulang pada netizen nak cakap sebab tu hak mereka. Saya tahu apa yang terjadi. Kita tunggu dan lihat.”

Muizz yang ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaru pelakon Farah Nabilah di Sky Park @ One City baru-baru ini dalam pada itu mengatakan bahawa dia dan Nadia masih berstatus suami isteri meskipun dilanda kontroversi seperti ini.

View this post on Instagram

Be strong and smile even if life hurts sometimes?

A post shared by Mu’izz Nasruddin (@muizznasruddin) on

Dalam pada itu, Aidit menerusi satu laporan media tampil menafikan dakwaan dia menganggu rumah tangga pasangan terbabit sebaliknya hanya berurusan dengan Nadia atas urusan kerja semata-mata.

Mengimbas kembali, rumah tangga antara pasangan pelakon Nadia Brian dan suami telah menjadi perhatian netizen apabila mereka tidak lagi berkongsi gambar bersama dan ditambah pula dengan Muizz yang tampil memuat naik foto hitam putih beserta kapsyen berbaur kekecewaan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Sumber : Harian Metro


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...