Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelakon Aida Aris Nafi Dakwaan Dera Anak Tiri

Baru-baru ini, ada gosip hangat mengatakan pelakon Aida Aris telah mendera dua orang anak tirinya sekitar akhir tahun lepas. Aida juga didakwa mencederakan anak-anak tirinya sehingga berdarah.

Walaubagaimanapun, Aida menerusi mStar Online berkata tuduhan tersebut tidak berasas juga tiada sebarang bukti yang menunjukkan beliau mendera dua anak tirinya yang tinggal bersama beliau dan suami sejak mereka mendirikan rumah tangga sekitar enam tahun lepas.

Advertisement

Tidak mahu perkara terus menjadi rumit, Aida juga memberitahu beliau telah menyerahkan anak-anak tirinya kepada ibu mereka kerana tidak mahu timbul masalah hak penjagaan.

Saya terkejut apabila dituduh mendera anak tiri dan perkara itu sebenarnya tiada sebarang bukti yang sah daripada doktor mengatakan saya telah melakukan perbuatan berkenaan.

Disebabkan tidak mahu timbul sebarang masalah melibatkan hak penjagaan anak, suami saya telah serahkan kedua-dua anaknya itu kepada bekas isterinya yang kini berada di Kedah.

Advertisement

Aida percaya bahawa tuduhan itu sengaja direka oleh sesetengah pihak untuk memburukkan namanya. Jika dibuktikan tidak bersalah, Aida tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang memfitnah beliau.

Saya ada baca laporan polis yang dibuat bahawa saya telah mendera anak-anak tiri saya sehingga berdarah, namun tiada sebarang bukti perubatan. Jika saya tidak bersalah, saya boleh saman malu pihak berkenaan.

Pada masa yang sama, Aida menjelaskan gosip berkenaan sedikit pun tidak menjejaskan hubungan beliau dengan anak-anak tirinya.

Aida Aris sah bergelar isteri kepada Ketua Pramugara Malaysia Airlines Berhad iaitu Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain pada 4 September 2010.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top