Pelajar Universiti Terkejut Tengok Keadaan Bilik Yang Ditinggalkan Selama Lebih 3 Bulan

Trending

Pelajar Universiti Terkejut Tengok Keadaan Bilik Yang Ditinggalkan Selama Lebih 3 Bulan

Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan penutupan sekolah dan universiti di mana kesemua pelajar diarahkan untuk pulang ke kediaman masing-masing. Tapi siapa sangka rupa-rupanya mereka perlu meninggalkan bilik di kolej kediaman selama tiga bulan lamanya akibat PKP ini.

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah berkuatkuasa sehingga 31 Ogos ini, kebanyakan pelajar diberi kebenaran untuk mengemas bilik di kolej dan membawa balik barang keperluan. Selepas berbulan ditinggalkan, masing-masing kini terkejut melihatkan keadaan bilik mereka.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Twitter, pelajar ini terkejut apabila dia melihat barang-barang di dalam biliknya kini bersepah di atas lantai. Bukan itu sahaja, malah seekor bangkai kucing yang telah mati juga turut dijumpai di dalam bilik berkenaan. Dia sendiri tidak pasti bagaimana kucing tersebut boleh berada di dalam biliknya itu.

bangkai kucing

Selain barang yang bersepah, stok makanan seperti roti juga sudah tamat tempoh dan berada dalam keadaan yang teruk.

roti expired

Nampaknya bukan pelajar ini sahaja yang mengalami nasib ini kerana kebanyakan pelajar yang lain turut berkongsikan pengalaman yang sama. Ada juga bilik yang dipecah masuk oleh haiwan liar seperti monyet dan kehilangan beberapa barang yang disimpan di dalam loker.



Macam-macam betul dugaan pelajar-pelajar universiti kali ini. Nasib baik juga PKPP kali ini mereka diberi kebenaran untuk kemas dan bawa balik barang-barang yang ada. Biasanya bilik kalau dah ditinggalkan terlalu lama, mesti akan diceroboh oleh haiwan liar seperti monyet lagi-lagi kampus di kawasan hutan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...