Pelajar Universiti Tak Puas Hati Makanan Bungkus Percuma PKP Tidak Seperti Dikehendaki

Trending

Pelajar Universiti Tak Puas Hati Makanan Bungkus Percuma PKP Tidak Seperti Dikehendaki

Boleh dikatakan setiap individu mengalami kesukaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang kehilangan mata pencarian, ada yang tiada sumber makanan dan bergantung sepenuhnya pada bantuan orang lain.

Namun ramai bernasib baik kerana masih ada bantuan makanan yang diberikan kepada mereka dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Namun begitu, rupanya ada yang tidak berpuas hati dengan makanan yang diberikan kepada mereka.

Advertisement

Seorang pelajar universiti perdana telah memuat naik di Twitter gambar dua bungkus makanan. Dia mengatakan bukan tidak bersyukur dan meminta warganet melihat sendiri dua bungkus makanan yang diterimanya.

 

Disebabkan itu, dia menerima kritikan dan reaksi negatif dari warganet sehingga kemudiannya memadam tweetnya.

Salah seorang rakan baik pelajar itu bagaimanapun membela rakannya mengatakan dia berhak untuk mengadu memandangkan dia tersekat dalam bilik kecil setiap hari dan jauh dari keluarga.

“Makan saja satu keseronokan yang dia ada.”

Namun begitu warganet membalas yang keadaannya jauh lebih baik dari sesetengah orang yang langsung tiada makanan untuk dimakan.

“Dapat makan pun komplen juga.”

“Sekarang bukan masa nak makan sedap, tapi demi kemandirian dan kelangsungan hidup.”

Khabarnya juga, makanan percuma tersebut didapatkan untuk mereka yang tersekat di kolej kediaman oleh seorang sukarelawan yang telah berusaha mendapatkan makanan bungkus percuma untuk memastikan mereka tidak kelaparan.

Dia dikatakan kecewa dan bersedih dengan aduan tersebut memandangkan dia pernah dikuarantin kerana berusaha menolong pelajar-pelajar di universiti tersebut apabila membaca mengenainya di Twitter.

Pelajar-pelajar sepatutnya memahami dan menghargai di waktu ini ada yang tidak dapat makan akibat PKP. Tambahan pula makanan yang diberikan percuma itu tidak seteruk yang digambarkan. Yang penting anda sihat dan mampu meneruskan hidup sehingga PKP berakhir, bukan? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...