Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini mengumumkan semua pengajian akan dilakukan secara atas talian sehingga hujung tahun ini. Namun hanya lima kategori pelajar sahaja yang dibenarkan kembali ke kampus antaranya ialah pelajar pasca-siswazah di dalam mod penyelidikan.
Baca: Semua Kuliah Universiti Diteruskan Dalam Talian, Hanya 5 Kategori Ini Dibenarkan Pulang Ke Kampus
Rata-rata pelajar kini menyambut baik saranan KPT ini namun mereka memohon untuk mengurangkan yuran pengajian. Ini adalah kerana mereka kini tidak kembali ke kampus dan menggunakan fasiliti universiti dan sebagainya. Kebanyakan pelajar di Twitter juga dilihat bersetuju dengan cadangan ini.
Pengurangan yuran pengajian ini termasuklah untuk yuran-yuran melibatkan yuran kebajikan, yuran kesihatan, yuran aktiviti pelajar dan yuran perkuliahan. Malah mereka berpendapat yuran penginapan sewajarnya dipulangkan sahaja kepada pelajar.
Ada berita gembira
KPT kini mengkaji semula isu ini di mana Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, memberitahu perkara ini di dalam proses perbincangan untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Beliau sendiri menyokong pendirian ini memandangkan kos pengajian kini tidak tinggi kerana kebanyakan pelajar hanya belajar secara dalam talian. Mereka juga tidak lagi menggunakan sepenuhnya kemudahan di universiti.
“Isu yuran sedang kami kaji, akan ada berita gembira. Kami juga faham mereka ada tanggungjawab lain dan keluarga mereka terjejas akibat COVID-19.”
KPT juga sedang mengkaji beberapa aspek lain melibatkan kemudahan internet bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian serta kuota pelajar dibenarkan kembali ke IPT. Untuk makluman, hampir 80 peratus pelajar sudah kembali ke rumah masing-masing dan tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan di universiti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.