Pelajar Universiti Kantoi Rakam Video Ramai Perempuan, Berpurdah & Wanita Hamil Pun Ada! – “Katanya Buat Stock Puaskan Nafsu”

Trending

Pelajar Universiti Kantoi Rakam Video Ramai Perempuan, Berpurdah & Wanita Hamil Pun Ada! – “Katanya Buat Stock Puaskan Nafsu”

Seorang lelaki kantoi merakam gerak geri wanita mengandung di sebuah pasar raya di Seremban, dipercayai digunakan untuk perbuatan tidak senonoh.

Menerusi satu video tular di media sosial, seorang wanita telah memberanikan diri dan berdepan dengan lelaki tersebut selepas menyedari dia diekori.

Advertisement

lelaki kantoi rakam wanita mengandung

Ketika kejadian, dia bersama suami dan anak-anaknya sebelum menyedari tindakan lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu seolah-olah merakamnya menggunakan telefon bimbit.

Namun, selepas beberapa ketika dirinya masih diekori, dia bertindak untuk berjumpa suspek berkenaan dan bertanya mengapa dia berbuat sebegitu.

Rupanya ada beberapa video saya, siap ‘zoom’ belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. ‘Taste’ memang dengan orang mengandung. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macam ni katanya.

 

Menurut Harian Metro, wanita berkenaan sudah pun membuat laporan polis dan hasil siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan penuntut universiti di sekitar Seremban.

Sementara itu, menerusi Facebook wanita terbabit menegaskan bahawa dia akan menggunakan kuasa viral dan tidak akan memadam video berkenaan hanya kerana ada yang mengkritiknya mengatakan ia adalah aib.

lelaki kantoi rakam wanita mengandung

Dia juga akui sudah memadam semua video yang dijumpainya di dalam telefon bimbit lelaki berkenaan namun tidak pasti jika ada video lain selain daripada itu.

Awak cakap pasal aib dengan saya? Apa jadi mangsa mangsa video yang entah-entah dia jual kat website porno. Aib anak bini adik kakak kita siapa yang jaga?

lelaki kantoi rakam wanita mengandung

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 months ago

Lelaki Kantoi Tipu & Reka Cerita Jaga 'Parents' Sakit Untuk Mohon Bantuan Kewangan, Keluarga Pun Dah Serik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...