Semasa menerima keputusan SPM semalam, seorang pelajar tular selepas naik pentas dengan memakai uniform Shell yang merupakan uniform kerjanya. Dia kemudian memuatnaik video tersebut di laman Twitter miliknya dengan kapsyen ‘saya nak claim scholarship dari Shell’. Perkongsiannya itu tular di media sosial dan kini mendapat lebih 25 ribu retweet setakat ini.
Saya nak claim scholarship @Shell https://t.co/6zNm8FVbsY pic.twitter.com/dQluYAj96H
Advertisement— aAAamir bersyukur (@amirfufu) March 5, 2020
Nampaknya, perkongsiannya itu telah menarik perhatian bos besar Shell yang merupakan majikan kepada pelajar itu yang kini bekerja separuh masa di sana. Selepas videonya memakai uniform di atas pentas itu tular, dia yang bekerja di stesen minyak itu diberitahu bos besar Shell ingin berjumpa dengannya.
WEIIIIII MANAGER AKU KATA BIG BOSS SHELL NAK JUMPA AKU ESOK!!!! DIA SURUH AKU DATANG PEPAGI PAKAI SEMAT SEMAT
— aAAamir bersyukur (@amirfufu) March 5, 2020
Tidak lama selepas itu, bos besar Shell atau Shairan Huzani mengadakan satu pertemuan di stesen minyak Shell tempatnya bekerja. Pertemuan itu turut dikongsikan di laman Instagram milik Encik Shairan Huzani atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Shell. Menurut laporan, pelajar tersebut turut menerima hadiah jam tangan G-Shock dan sebuah beg.
Pelajar tersebut turut diberi peluang untuk mengetahui tentang pengajian berkaitan syarikat Shell. Program pengajian yang diterangkan itu adalah kumpulan kedua yang dihantar oleh majikannya dan mengambil masa selama tiga tahun. Berdasarkan perkongsian di laman Twitter, pelajar ini dilihat begitu teruja untuk menyertai program tersebut.
Selain daripada pelajar ini, Encik Shairan Huzani turut berjumpa dengan lima lagi pekerjanya yang juga penerima keputusan SPM semalam. Pertemuan diantara bos besar Shell dan pekerja-pekerjanya ini menarik perhatian netizen di media sosial yang dilihat cukup teruja dengan pertemuan ini.