Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Jatuh Bangunan Asrama Sekolah Di Sabak Bernam, Keluarga Syak Dibuli Di Asrama

Berita

Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Jatuh Bangunan Asrama Sekolah Di Sabak Bernam, Keluarga Syak Dibuli Di Asrama

Seorang pelajar Tingkatan Tiga kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga di asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam dan disyaki menjadi mangsa buli.

Menurut bapa saudara mangsa Muhammad Aidil Mansor, 34, keputusan imbasan CT scan mendapati anak saudaranya mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.

Advertisement

Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, mestilah patah riuk. Tapi hasil imbasan hanya tunjuk rahang sahaja yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli.

pelajar jatuh tingkat 3 asrama sabak bernam

Keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada jam 5 pagi tadi di Balai Polis Sabak Bernam dan pada masa sama turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lewat memaklumkan kejadian kepada penjaga.

Keluarga hanya dimaklumkan pada jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku jam 2 pagi.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) kini menjalankan siasatan dalaman untuk meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.

Ujarnya antara tindakan yang sudah diambil adalah Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah yang seorang pelajarnya terbabit kemalangan, ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga proses siasatan selesai.

Fadhlina juga berkata pihaknya akan memastikan siasatan dijalankan secara terperinci semua aspek berkaitan termasuk dakwaan buli dalam kejadian berkenaan.

Saya mendoakan supaya anakanda diberi kesembuhan segera dan keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazi Kahar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan rakan sekelilingnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rafizi tegur fadhlina
2025-08-17 10:24:19

Jadi Menteri Tapi Terlalu Defensif, Rafizi Tegur Fadhlina - "Orang Tanya Sikit, Dia Marah Balik 'Jangan Kacau Kami!'.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...