Suasana di sekolah gawat kerana seorang pelajar tingkatan satu membuat cubaan untuk bunuh diri dek kerana cinta. Selepas dipujuk hampir 30 minit, pelajar tersebut dapat diselamatkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba.

Sumber gambar the reporter
Mangsa hanya cedera ringan di lengannya ketika proses menyelamat dan dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan lanjut.
Pelajar tersebut mengaku melakukannya kerana kecewa cintanya ditolak oleh seorang pelajar perempuan sebaya dengannya.
Ia berikutan pelajar perempuan tersebut meminati lelaki lain. Ia kemudiannya mengakibatkan mangsa berputus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Pelajar berkenaan adalah seorang yang pendiam dan tiada masalah disiplin.
Sumber: HMetro