Tiga pelajar Thailand ditangkap menipu dalam peperiksaan kemasukan kolej perubatan menjadi tajuk utama akhbar di negera itu minggu lepas kerana penipuan itu menggunakan alatan berteknologi tinggi.
Penyelia peperiksaan menemui kamera tanpa wayar pada bingkai cermin mata pelajar tersebut, yang dihubungkan dengan jam yang dipakai di pergelangan tangan. Mereka menggunakan kamera untuk menghantar gambar soalan-soalan kepada kawan-kawan di luar yang kemudiannya menjawabkan soalan-soalan itu melalui jam tersebut.
Gambar: Arthit Ourairat/Facebook
Ia cara yang licik, bagaimanapun tenaga pengajar menyedari bingkai cermin mata mereka lebih tebal dari biasa lantas membuat penelitian, seterusnya membawa kepada penemuan alatan-alatan tersebut.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kisah itu menjadi viral di media sosial setelah pengarah universiti Arthit Qurairat memuat naik gambar-gambar alatan tersebut di akaun Facebook miliknya. Menambah bahawa pelajar-pelajar itu telah sanggup membelanjakan 27,000 baht (RM 3073.96) untuk alatan tersebut:
Mereka lakukannya secara langsung. Ini ialah sistem penipuan peperiksaan paling berteknologi tinggi yang pernah kami lihat. Kami mahu orang ramai tahu supaya mereka sedar keperluan untuk berhati-hati, terutamanya dalam peperiksaan perubatan kerana ramai ingin belajar perubatan tetapi peluang yang ditawarkan terhad.
Kebanyakan netizen mengecam perbuatan pelajar-pelajar tersebut dan menuduh mereka membahayakan nyawa orang ramai. Komen seorang pengguna Facebook:
Sekiranya mereka lulus ujian dan mendapat ijazah, mungkin kita dirawat oleh doktor palsu nanti.
Ada juga yang memuji pelajar-pelajar itu sebagai “cool” dan “sama macam filem Mission Impossible.”
Gambar: Arthit Ourairat/Facebook
Sememangnya ia satu perancangan yang pintar, tetapi kepintaran mereka itu kini bakal menyusahkan mereka kerana mereka telah disenarai hitam olah bod peperiksaan dan ditarik kelayakan dari memasuki universiti. Identiti mereka dirahsiakan, tetapi skandal ini berkemungkinan besar akan memberi impak terhadap peluang kerjaya mereka di masa hadapan.
Peperiksaan kemasukan itu dilaksanakan hujung minggu lepas di diduduki oleh 3,000 pelajar sedangkan hanya ada 130 peluang kemasukan. Peperiksaan itu kini dibatalkan dan calon perlu menduduki semula peperiksaan tersebut pada 31 Mei dan 1 Jun, di mana semua jenis aksesori adalah diharamkan untuk dibawa masuk.-amazingnara.com