Pelajar Tajaan MARA Mengadu Kos Sara Hidup Tinggi Di Luar Negara Undang Perdebatan Netizen

Kehidupan

Pelajar Tajaan MARA Mengadu Kos Sara Hidup Tinggi Di Luar Negara Undang Perdebatan Netizen

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid ada membuat lawatan ke London bagi tujuan bertemu dan mendengar luahan pelajar tajaan MARA yang mendakwa menghadapi kesusahan berikutan kos sara hidup yang tinggi di luar negara.

Perkara tersebut turut dimuat naik Mahdzir Khalid di ruangan Twitter miliknya dan dia juga memaklumkan bahawa telah menerima memorandum setebal 30 muka surat daripada wakil pelajar Pengerusi Kelab UMNO, Muhammad Iman Irfan Yahya bagi memberi idea bagaimana pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah berkaitan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA di luar negara.

Advertisement

Namun begitu, ciapan dan penemuan hasil lawatan itu telah menerima banyak maklum balas negatif daripada netizen Malaysia yang mempersoalkan keperluan untuk mengusulkan memorandum tersebut.

Kata netizen, bantuan mengenai pendidikan dan hal ehwal mereka itu sepatutnya ditumpukan kepada pelajar dalam negara yang masih berada dalam keadaan daif terutamanya di negeri Sabah, Sarawak dan juga Pantai Timur.

komen twitterSumber : Twitter  

Ada netizen turut melampirkan foto keadaan anak-anak yang masih berhempas pulas membahayakan diri hanya semata-mata untuk menuntut ilmu di kawasan pedalaman.

Menurut The Vocket, 89 peratus pelajar tajaan MARA merupakan golongan B40 yang merangkumi 44,994 pelajar, 10 peratus adalah daripada golongan M40 iaitu sebanyak 5,055 pelajar dan 1 peratus daripada T20 (506 pelajar).

mrt
3 years ago

(TERKINI) Ismail Sabri Umum Tambang MRT, LRT, & Monorel Percuma Selama Sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...