Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Hari Jumaat, Kubur Bau Wangi 40 Hari – “Penggali Cakap Wajah Dia Berseri-Seri”

Kehidupan

Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Hari Jumaat, Kubur Bau Wangi 40 Hari – “Penggali Cakap Wajah Dia Berseri-Seri”

Kisah dikongsikan oeh Norhisyam Mat Yusuf iaitu bapa kepada seorang remaja perempuan yang juga merupakan pelajar tahfiz mencuri perhatian di media sosial.

Menerusi video yang tular Norhisyam berkongsi kisah kematian anak gadisnya dalam satu program podcast yang telah dikongsikan di TikTok.

Advertisement

Ustazah datang nak mandikan jenazah anak saya. Dia panggil saya, ‘tengok ni darah keluar’ (sambil tunjuk tempat darah keluar). Lepas tu bila sampai di kubur lepas solat jenazah, penggali cakap biasa Jumaat tak ramai penggali kubur, (tapi) datang dekat berapa belas orang.

tanah perkuburan

Ceritanya lagi, penggali kubur turut memaklumkan kepadanya bahawa wajah arwah anaknya itu berseri-seri apabila kain di bahagian muka dibuka.

Meninggal hari Jumaat lepas tu mudah. Bila malam bau wangi, lebih kurang 40 hari saya pergi kubur dia, saya balik rumah bau wangi. Allahuakbar.

Kata Norhisyam, anak remajanya belajar menghafal al-Quran di sebuah pusat tahfiz di Bukit Changgang, Banting, Selangor sebelum menangguh pengajian kerana sakit.

Dia kata kemungkinan kalau dia balik apa semua, (nak) berubat. Dia nak sambung hafal al- Quran balik.

@ariffkhairuddinIkuti bagaimana pengakhiran hidup seorang remaja perempuan. Tonton video penuh episod 2 bersama Ir. Norhisyam Bin Mat Yusuf di YouTube Sembang Arif. #sembangarif #podcast♬ original sound – Ariff Khairuddin

Video itu mendapat pelbagai respon daripada netizen di TikTok yang turut menceritakan pengalaman serta kisah sedih mereka kehilangan insan tersayang.

Dalam pada itu, ramai individu turut meluahkan rasa terharu dan cemburu dengan arwah kerana meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anggota tentera baru dapat anak meninggal dunia
2 months ago

Baru Dapat Anak Sulung, Anggota Tentera Meninggal Dunia Ketika Latihan - “Arwah Sempat ‘Upload’ Gambar Bercuti Sehari Sebelum Pergi...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...