Pelajar Tahfiz Dipotong Kaki Akibat Disebat Dengan Getah Paip, Disahkan Meninggal Dunia.

Trending

Pelajar Tahfiz Dipotong Kaki Akibat Disebat Dengan Getah Paip, Disahkan Meninggal Dunia.

Seorang pelajar tahfiz dilaporkan dipotong kaki dipercayai akibat disebat dengan getah paip Mac lalu, disahkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, lapor Astro Awani.

Advertisement

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia sekitar jam 2.05 petang tadi, memetik sumber dari ahli keluarganya.

Mohamad Thaqif dijangka bakal melakukan pembedahan memotong tangan kanannya yang dilaporkan semakin kritikal, pagi tadi. Bagaimanapun ditangguhkan kerana keadaan jantungnya yang tidak stabil.

28 Mac lalu, Thaqif dan 15 pelajar yang lain disebat di bahagian kaki menggunakan getah paip kerana bising di surau.

31 Mac, Thaqif dikeluarkan dari sekolah berkenaan selepas mengadu kakinya sakit disebat menggunakan getah paip.

19 April, Thaqif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Ismail dan beebrapa hari kemudian, kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

26 April, doktor membuat keputusan untuk memotong tangan kanan Thaqif dengan persetujuan keluarganya, namun ditangguhkan kerana keadaannya tidak stabil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...