Ini bukanlah kali pertama kita mendengar tentang kes pukul di pusat tahfiz sehingga mengakibatkan kecederaan yang serius pada pelajar. Sebelum ini, negara kita digemparkan dengan berita seorang pelajar maahad tahfiz yang dipukul sehingga kepala berjahit. Pelajar berusia 10 tahun itu dibelasah dengan teruk oleh seorang ustaz diatas kekejaman itu.
Baca: Pelajar Maahad Tahfiz Dipukul Ustaz Kerana Keluar Asrama Hingga Kepala Berjahit
Seorang pelajar Singapura dari Maahad Tahfiz yang terletak di Selangor dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan yang serius akibat ditampar oleh ustaznya. Menurut ibunya, anaknya yang berusia 14 tahun itu ditampar pada bahagian kiri muka menggunakan capal disebabkan satu pergaduhan.
Ditampar dengan capal
Berdasarkan perkongsian, pelajar bernama Mohamad Imann Jusri ini dikatakan telah bergaduh dengan seorang lagi pelajar dikenali sebagai Rahman. Pergaduhan dua pelajar itu kemudian sampai pada pengetahuan ustaz dan mereka berdua dibawa ke pejabat. Ustaz tersebut telah menampar kedua-dua pelajar menggunakan capal tetapi Rahman tidak mengalami kecederaan.
Pada 27 Februari yang lalu, ibu kepada Imann telah datang ke pusat tahfiz itu untuk melawat anaknya sempena hari jadi anaknya itu. Dia sengaja membuat lawatan mengejut itu untuk menyambut hari jadi anaknya yang jatuh pada 28 Februari.
Anak mengelak
Semasa lawatan mengejutnya itu, anaknya kelihatan cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dia dapat mengesan sesuatu tidak kena pada anaknya tetapi tidak dijawab oleh anaknya itu. Namun selepas dilihat dengan dekat, muka anaknya kelihatan seperti ada yang tak kena.
Tapi anak I tak complain apa-apa. Dia cuma kata I want to go home. I feel unwell. Can you bring me to a clinic in Singapore? I sensed ada benda yang tak kena and my son was afraid to tell me what happened.
Selepas menerima aduan anaknya itu, dia segera meminta kebenaran untuk membawa anaknya pulang. Tetapi pihak maahad tahfiz dikatakan keberatan untuk memberikan kebenaran. Malah mereka memberitahu akan membawa sendiri anaknya ke klinik namun dia tetap bertegas untuk membawanya pulang.
Anaknya dibawa pulang ke Singapura dan dibawa ke hospital kerana anaknya mengalami demam tinggi dan menjerit kesakitan sebelum dimasukkan ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
Anaknya mengalami keretakan pada tulang di antara hidung dan bawah mata turut retak serta harus dimasukkan ke dalam wad.
Skull dia fracture. Skull is very hard tau tapi boleh fracture 1cm. I boleh bayangkan how hard he got slapped. Because of that, dia kena pergi operation. Tapi lepas operation, ada complications pula. Ada 1.5ml of blood clot and muka dia inflammed with nanah.
Mata kanan anaknya juga didapati bengkak disebabkan jangkitan kuman yang dipercayai disebabkan capal yang digunakan untuk memukul anaknya itu. Dia juga perlu melalui pembedahan untuk mengeluarkan nanah di mukanya dan diberikan empat jenis antibiotik melalui titisan intravena (IV drip).
Anaknya juga terpaksa menjalani beberapa prosedur imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) kerana doktor mendapati nanah sudah pun mengalir ke dagu dan tekaknya. Nasibnya baik kerana kecederaan ini tidak menjejaskan penglihatan anaknya itu.
Reaksi tenaga pengajar
Bagi mendapatkan kepastian tentang insiden ini, dia telah menghubungi tenaga pengajar bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang berlaku. Dia turut dimaklumkan bahawa hukuman fizikal seperti ini adalah normal di pusat maahad tahfiz.
Di dalam perbualan itu, ustaz tersebut turut meminta maaf bagi pihak sekolah di atas kejadian yang berlaku pada anaknya itu. Wanita itu turut memberitahu ustaz tersebut telah datang melawat anaknya di hospital bagi melihat keadaan yang dialaminya.
Setakat ini, pihak maahad tidak menyampaikan hasrat untuk membantu pelajar ini dimana bil perubatan yang sudah mencecah $30 ribu. Ibu pelajar ini telah melaporkan kes ini kepada polis Singapura dan bercadang untuk membuat sebuah lagi laporan kepada kedutaan Malaysia.