Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pelajar yang memperoleh keputusan penuh A (‘straight’ A) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan di peringkat universiti, memetik Kosmo Online.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan kebimbangan terhadap penurunan minat pelajar dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), yang dilihat memberi kesan kepada perkembangan sektor perubatan.
Saya menaruh sedikit kebimbangan kerana (STEM) merupakan aliran sains yang akhirnya akan menjadi ‘supply pipeline’ (laluan) kepada pelajar untuk mengambil jurusan perubatan.
Justeru KKM, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu berusaha menarik kembali minat pelajar terhadap STEM.
Dr. Dzulkefly menjelaskan bahawa penting untuk memupuk semula minat pelajar terhadap STEM bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor kesihatan.
Beliau menambah, usaha tersebut turut merangkumi langkah mengekalkan tenaga pakar di KKM serta mempercepatkan pelaksanaan dasar berkaitan hala tuju kerjaya, pemberian elaun dan kebajikan petugas.
Sehubungan itu, penting untuk saya dan KKM memberikan sokongan berterusan terhadap STEM bagi memastikan kesuburan sektor perubatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.