Pelajar SPM Kongsi Rahsia Bagaimana Dapat Markah Penuh Dalam Subjek Matematik Tambahan

Trending

Pelajar SPM Kongsi Rahsia Bagaimana Dapat Markah Penuh Dalam Subjek Matematik Tambahan

Bagi pelajar sekolah yang minat dalam matapelajaran Matematik sudah pasti ianya menjadi matapelajaran yang digemari di dalam kelas. Namun, matapelajaran ini juga boleh menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi merekayang tidak menggemarinya.

Minat boleh dipupuk sekiranya niat ada dalam diri pelajar untuk mengubahnya. Hal ini terjadi kepada seorang calon SPM yang dikenali sebagai Muhammad Izwan Azwar apabila perkongsiannya di laman Twitter menarik perhatian netizen ketika dia mendapat markah penuh dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk matapelajaran Matematik Tambahan.

Advertisement

Memetik laporan mStar, dia sering melakukan yang terbaik untuk memperbaiki markah peperiksaannya. Dia melipatganda usahanya untuk mengulangkaji pelajaran dan juga mengkuti kelas tuisyen online.

Bukan itu sahaja, dia akan menghabiskan masa selama empat jam untuk membuat latihan Matematik Tambahan selepas membuat kerja sekolah yang lain, mengulangkaji topik pelajaran sebelum memulakan kelas dan dia juga sering beratanya kepada guru sekiranya tidak faham dalam matapelajaran tersebut.

Taking note

Hasil usahanya itu, dia memperoleh markah 100 peratus untuk matapelajaran itu dalam peperiksaan percubaan SPM Oktober lalu.

Perkara ini boleh menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi kerana setiap perkara memerlukan proses dan juga usaha yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang cemerlang.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...