Pelajar SPM Cemerlang 11A+ Mohon Orang Ramai Doakan Rakan-Rakan Seperjuangan – “Ada 6 Lagi Kawan Saya Dapat Keputusan Sama”

Kehidupan

Pelajar SPM Cemerlang 11A+ Mohon Orang Ramai Doakan Rakan-Rakan Seperjuangan – “Ada 6 Lagi Kawan Saya Dapat Keputusan Sama”

Kejayaan pelajar cemerlang SPM 2025, Fakhrul Iman Zainudin meraih perhatian ramai di media sosial, namun sikap rendah dirinya turut mencuri hati netizen.

Menerusi satu video di TikTok, pelajar berusia 18 tahun itu bukan sahaja meluahkan rasa syukur atas kejayaan memperoleh 11A, malah mengajak orang ramai untuk turut mendoakan rakan-rakannya yang mencapai keputusan sama.

Advertisement

“Selain saya, terdapat enam lagi rakan saya yang memperoleh keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Doakan mereka juga.”

Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Fakhrul memulakan ucapan dengan merakamkan penghargaan kepada netizen yang tidak putus memberikan sokongan dan doa.

“Pertama sekali, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua netizen yang sentiasa mendoakan dan memberi komen positif kepada saya. Saya sangat terharu dengan sokongan anda semua,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Telok Kemang itu juga menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa dan guru yang banyak membantu sepanjang perjalanan akademiknya.

Fakhrul yang merupakan anak kepada pasangan peniaga pisang goreng turut menjelaskan bahawa sekolahnya berfokus kepada aliran agama, termasuk pengajian Syariah Islamiyah dan hafazan al-Quran, tanpa menawarkan subjek sains tulen seperti matematik tambahan, kimia dan biologi.

Dalam masa sama, beliau meluahkan rasa terkilan apabila pencapaian rakan-rakannya kurang diberi perhatian.

“Sekolah saya ini, sebenarnya ramai lagi yang cemerlang. Selain saya, ada enam lagi yang memperoleh 11A. Saya kesian kerana mereka jarang mendapat pengiktirafan sama seperti saya,” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikapnya yang merendah diri serta mendoakan kejayaan berterusan buat dirinya dan rakan-rakan lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mara
2026-04-01 16:08:57

MARA Ambil Dua Anak Mangsa Nahas Pemandu Mabuk Sebagai Anak Angkat, Jamin Pendidikan Hingga Tamat Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...