Pasti ada antara kita masih ingat kenangan semasa menuntut di universiti. Antara yang paling diingati adalah hari paling malas untuk ke kelas.
Apabila kita malas, kawan-kawanlah orang yang menjadi mangsa untuk tanda tandangan kehadiran kita pada hari itu. Itu pun jika ada kawan-kawan yang sudi membantulah.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir orang yang bertuah kerana tidak pernah ‘terkantoi’ tidak hadir ke kelas.
Tetapi melalui perkongsian di Twitter oleh seorang pelajar UITM, kertas kehadiran yang disediakan oleh pensyarahnya mempunyai elemen kreatif yang menyeramkan.
bukan taknak tolong sign kan attendance kawan tapi tulah……. hmmmmm pic.twitter.com/9l2052gWOo
— hyyn (@hyynabdllh) October 8, 2019
Menurut beliau, pensyarah beliau di Universiti Teknologi MARA (UiTM) menggunakan cara ini untuk mengelakkan trend tandatangan bagi pihak kawan berlaku.
Dimana beliau telah berkongsikan satu rakaman video mengapa beliau tidak berani untuk tanda tangan kehadiran untuk pihak kawannya.
Jika kita pun tak berani! Selepas melihat video yang dikongsikan pelajar itu, rupa-rupanya pensyarahnya menggunakan kulit buku Mastika dengan paparan gambar yang mengerikan dengan tajuk yang buat anda semua takut.
Patutlah, tak ada yang berani nak tanda tangan untuk kawan.

Rata-rata netizen yang melihat video itu, memuji sikap pensyarah ini kerana mempunyai idea yang kreatif seperti ini.

Bukan itu sahaja, ramai juga netizen yang berkongsi memori semasa menjadi pelajar yang tidak akan dilupakan.


Admin dulu tak pernah kawan tanda-tangan kehadiran, sebab selalu hadir dan tak pernah ponteng.
Sumber: Twitter