Pelajar Sekolah Sanggup Guna Wang Saku Langgan Pelacur Untuk Puaskan Nafsu

Trending

Pelajar Sekolah Sanggup Guna Wang Saku Langgan Pelacur Untuk Puaskan Nafsu

Demi keuntungan berlipat kali ganda, operasi rumah pelacuran yang dikesan berselindung di sebalik premis pusat penjagaan kesihatan kini menggunakan gadis-gadis warga asing untuk menawarkan khidmat seks kepada pelajar sekolah.

Jika dahulu pelanggan ‘hidung belang’ terdiri daripada lelaki dewasa, kini sudah beralih kepada remaja berusia 15 tahun hingga 17 tahun.

Advertisement

Masalah sosial itu amat membimbangkan kerana pada seusia muda itu kumpulan terbabit sudah terjebak dengan kegiatan yang secara pasti akan menjuruskan kepada gejala lebih berat jika tidak dibendung segera.

Sanggup Guna Wang Saku Demi Seks

Senario kronik menggambarkan golongan pelajar sekolah menengah yang dikesan terjebak melanggan pelacur warga asing di beberapa premis yang menawarkan khidmat haram berkenaan di sekitar Cheras.

Lebih menyedihkan, wang sa­ku dibekalkan ibu bapa untuk menampung perbelanjaan harian termasuk pembelajaran mereka digunakan untuk dapatkan layanan ‘urut’ dan seks di premis berkenaan yang berselindung di sebalik lesen pusat penjagaan kesihatan.

Seorang wanita warga Indonesia yang bekerja di premis terbabit mendedahkan, mengakui dibayar untuk melayan nafsu kumpulan remaja belasan tahun berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Menurut wanita berusia 25 ta­hun itu, dia mela­yan dua hingga tiga remaja setiap hari.

“Mereka semua remaja yang bersekolah, semuanya muda-muda lagi, setiap kali ke sini mereka akan membayar RM158 hingga RM168 untuk la­yanan 45 minit.”

“Soal dari mana mereka dapat duit saya tidak tahu, tetapi yang pasti mereka selalunya datang berkumpulan dan lebih ramai pa­da hujung minggu,” katanya.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut memaklumkan ada dalam kalangan remaja ber­kenaan yang mampu memberikan tip kepada gadis-gadis di pre­mis berkenaan selepas tamat sesi layanan mereka.

“Sekiranya layanan yang di berikan tip-top, mereka (pelajar) akan memberikan wang tambahan se­bagai tip antara RM20 hingga RM50,” ujarnya.

Harga wanita ditetapkan mengikut negara iaitu RM158 dan RM168 bagi Kemboja dan Indonesia manakala RM178 untuk wanita Vietnam dan Thailand.

“Harga itu adalah untuk sesi 45 minit, maka jika pelanggan mahu lebih masa, maka harganya lebih mahal sedikit.”

“Kami banyak rangkaian di sekitar ibu negara dan Sela­ngor. Pe­langgan yang datang dari pe­lajar sekolah hingga ke orang ke­namaan bergelar Datuk yang biasanya dalam kalangan ahli per­niagaan,” ujarnya.

Sumber : Utusan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...