Pelajar Sekolah Reka Cerita Diculik Van Putih Kerana ‘Stress’ Disuruh Tumpu Belajar

Trending

Pelajar Sekolah Reka Cerita Diculik Van Putih Kerana ‘Stress’ Disuruh Tumpu Belajar

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu yang mendakwa diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah di hentian Taman Pandan Indah, dekat sini pada Jumaat lalu, hanya mereka-reka cerita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata hasil siasatan mangsa mengaku mengadakan cerita kerana tertekan disuruh untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengurangkan bermain.

Advertisement

Katanya, mangsa turut menarik semula laporan yang dibuat di Balai Polis Pandan Indah.

“Tujuan pengadu mereka-reka cerita kerana tertekan tidak dibenarkan banyak bermain sebaliknya, perlu tumpukan perhatian pada pelajaran.”

“Di sini, saya ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak cepat menyebarkan cerita yang tidak tentu kesahihannya kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan polis yang tersebar di media sosial, pelajar itu mendakwa kononnya diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah, kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketika berada dalam van itu kira-kira 10 minit, pelajar itu mendakwa menggigit tangan lelaki yang berada di sebelahnya dipercayai untuk melepaskan diri sebelum seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang depan turun membuka pintu van.

Mangsa kemudian mendakwa menendang lelaki terbabit sebelum melarikan diri ke sekolah menaiki bas henti-henti. Dia turut mendakwa mendapat kecederaan di tangan akibat terlanggar pintu sekolah.

Sumber : BH

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...