Pelajar Sekolah Dirogol 38 Lelaki Bergilir gilir

Trending

Pelajar Sekolah Dirogol 38 Lelaki Bergilir gilir

Polis telah menahan sembilan orang lelaki dan seorang wanita untuk membantu siasatan berhubung laporan seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa dirogol oleh 38 lelaki Selasa lalu.

Advertisement

Menurut laporan Berita Harian, antara suspek yang ditahan termasuk seorang lagi remaja yang turut menjadi mangsa dirogol.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat suspek ditahan semalam manakala enam lagi ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh.

Menurut laporan itu, pelajar tingkatan dua itu dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Kejadian berlaku apabila seorang rakan kepada mangsa rogol, telah meminta mangsa untuk mengambilnya di Ketereh.

Mangsa kemudiannya menghubungi seorang rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh.

Selepas mengambil rakan mangsa, rakan lelaki mangsa membawa kedua-dua mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.

Selepas itu, dikatakan lebih 30 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mereka secara bergilir-gilir.

Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit di bahagian kemaluannya.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas diberitahu mengenai kejadian itu.

p/s hukum bunuh je budak perogol ni, simpan pun buat jahanam negara je

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...