Seorang pengguna Twitter mendakwa adik perempuannya yang balik dari sekolah dan memakai seragam sekolah dilayan dengan buruk oleh seorang pemandu bas RapidKL. Bagaimanapun, pemandu bas tersebut enggan menurunkan adiknya setelah sampai ke rumah dan meneruskan pemanduan. Ini disebabkan adiknya membayar tambang 50 sen (tambang pelajar), dan bukan tambang penuh (90 sen).
Pelajar itu kemudiannya terpaksa meminjam 40 sen dari seorang pelajar tingkatan lima dan setelah memberinya kepada pemandu, pemandu kemudiannya berhenti di atas bukit dan menyuruh pelajar itu keluar. Akibatnya dia terpaksa berjalan kaki balik ke rumah.

Kisah itu mendapat perhatian Netizen yang merasa prihatin dengan keselamatan pelajar sekolah tersebut.
Seorang lagi mendakwa, adiknya yang juga bersekolah dikenakan tambang dewasa walaupun balik dari sekolah menggunakan laluan yang sama.
“Pemandu bas kerja tak ikhlas.”
“Selalu tengking.”
Tetapi ada juga yang mendakwa insiden ini semakin kerap berlaku mungkin kerana stres akibat kualiti kehidupan yang semakin teruk.
“Mungkin tekanan hidup makin teruk.”
Pihak RapidKL berjanji akan mengambil tindakan berhubung kejadian tersebut. – amazingnara.com