Pelajar Sekolah Berasrama Dibenarkan Pulang Bermula 15 Julai Ini

Trending

Pelajar Sekolah Berasrama Dibenarkan Pulang Bermula 15 Julai Ini

Pelajar berasrama dibenarkan untuk pulang ke asrama bermula pada 15 Julai dan 3 Ogos 2020. Ia adalah selari dengan kebenaran pembukaan sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menyatakan bahawa tarikh kemasukkan pelajar bagi tingkatan 4 adalah bermula pada 15 Julai ini. Bagi pelajar tingkatan 1 hingga 3 pula, tarikh kemasukan adalah bermula pada 3 Ogos 2020.

Advertisement

Kerajaan turut mengingatkan semua pihak terlibat agar mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dtelah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk pelajar sekolah rendah tahun 5 dan 6 pula, mereka dibenarkan untuk pulang semula ke asrama bermula 15 Julai 2020.

Ismail Sabri turut memberitahu, dewan makan asrama boleh menyediakan hidangan bufet, berhidang individu atau berbungkus bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Pihak KKM akan menjalankan ujian saringan COVID-19 secara rawak di beberapa asrama kelak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...