Lapor The Star, ada sesetengah pelajar dilaporkan mengelak untuk makan sarapan pagi sebelum ke sekolah kerana tidak mahu menggunakan tandas yang disediakan di sekolah masing-masing.
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin di mana dia turut menjanjikan reka bentuk dan fungsi tandas yang lebih kondusif untuk kegunaan pelajar dan juga guru-guru.
Ada pelajar hanya makan bila mereka pulang ke rumah. Mereka enggan gunakan tandas sekolah kerana terlalu kotor.
Tandas sentiasa basah dan pelajar mungkin takut ia akan mengotorkan baju sekolah mereka. Ini berikutan sistem pengudaraan yang lemah, tandas sentiasa basah dari hari ke hari.
Kata Radzi lagi, pihak kementerian komited untuk menjadikan persekitaran sekolah lebih baik dan menyenangkan buat para pelajar dan juga golongan pendidik.
Pihak kementerian akan fokus kepada peringkat reka bentuk dengan sistem pengudaraan yang baik supaya tandas akan lebih bersih dan tidak berbau busuk.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.