Pelajar Saman Bekas Cikgu Tak Masuk Kelas 7 Bulan

Trending

Pelajar Saman Bekas Cikgu Tak Masuk Kelas 7 Bulan

Masa zaman persekolahan dulu, antara benda yang paling seronok sekali sebagai pelajar ialah bila cikgu tak dapat masuk ke kelas untuk mengajar. Lagi-lagi kalau kerja rumah subjek cikgu tu mengajar tak siap lagi, mesti rasa bersyukur sangat kan.

Pernah tak korang terfikir nak saman cikgu yang tak masuk kelas banyak kali? Tetapi seorang pelajar perempuan dari Sabah mengambil keputusan untuk memfailkan saman kepada bekas cikgu Bahasa Inggerisnya kerana tak masuk ke kelas untuk mengajar.

Advertisement

Nafira Siman, 18 tahun, yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud memfailkan saman kepada cikgu berkenaan kerana tidak masuk ke kelas selama tujuh bulan pada tahun 2015 ketika dia di tingkatan empat.

Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu ketika pegawai dari Kementerian Pendidikan melawat sekolah terbabit.

Apa yang membuatkan dia ‘berang’ dan mengambil keputusan untuk memfailkan saman ialah kerana tiada sebarang tindakan yang diambil walaupun banyak aduan yang telah dibuat termasuk dari seorang guru penasihat bahasa Inggeris senior Fullbright yang dipinjamkan ke sekolah dan ketua Jabatan Inggeris sekolah, tetapi pihak berkuasa yang merupakan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran dan guru besar gagal melakukan apa-apa tindakan.

Selain itu, dia juga mendakwa yang pengetua sekolah itu menutup kes dengan memalsukan kedatangan dan hanya menunjukkan Jainal tidak hadir hanya selama dua bulan.

Nafirah menuntut pengisytiharan bahawa semua defendan melanggar tugas statutori di bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan. Pengisytiharan juga dibuat kerana ada berlaku pelanggaran tugas dan misfeasans di pejabat kerajaan sambil menuntut ganti rugi dan kos.

Saman itu difailkan pada 16 Oktober lalu menerusi Roxana & Co dan dia menamakan pengetua, Suid Hanapi iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan. Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 19 November ini.

Kes ni buat kami tertanya-tanya apa yang berlaku selama tempoh tujuh bulan tu dan macam mana pula proses peperiksaan pelajar-pelajar tersebut? Diharap kes ini dapat diselesaikan secepatnya dan kesemua pihak dapt bagi kerjasama yang baik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...