Sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pasti tugas kumpulan memang wajib dilaksanakan setiap semester. Tugasan ini memerlukan beberapa orang pelajar untuk menyiapkannya.
Namun, lain pula yang jadi bagi seorang pelajar perempuan ini yang berkongsi kisahnya di akaun Twitter miliknya. Dia telah melakukan kerja kumpulan tersebut hanya seorang diri tanpa dibantu oleh ahli kumpulannya yang lain.
Menurutnya, dia telah pun cuba untuk menghubungi rakan sekumpulannya. Setelah berhubung melalui Whatsapp beberapa kali malangnya dia tidak mendapat respon daripada rakannya itu.
Tindakan yang diambil oleh pelajar berkenaan ialah menghubungi pensyarahnya dan bercerita apa sebenarnya yang berlaku lalu pensyarahnya menyarankannya untuk melakukan sendiri tugasan kumpulan tersebut
Tanpa berfikir panjang dia terus menyiapkan tugasan berkenaan dan memaklumkan kepada rakan sekumpulannya berkaitan hal itu.
Rakan sekumpulannya ada memberitahu sebab kenapa dia tidak membalas Whatsapp rakannya itu tapi nasi sudah menjadi bubur. Tugasan itu telah pun dihantar tanpa meletakkan nama ahli kumpulannya yang lain.
Walau bagaimanapun, pelajar perempuan berkenaan memaafkan perbuatan rakan sekumpulannya itu yang hanya memandang sebelah mata soal tugas kumpulan yang perlu diselesaikan bersama.