Pelajar Perempuan 13 Tahun Dibelasah Kerana Ejek Rakan Sekolah

Trending

Pelajar Perempuan 13 Tahun Dibelasah Kerana Ejek Rakan Sekolah

Baru baru ini, seorang remaja perempuan dilaporkan cedera dibelasah kerana dikatakan mengejek rakan sekolahnya pada 4 Mei lalu. Apa kes ni?

Menurut laporan, kejadian pada 3.15 petang itu berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah ini selepas mangsa berusia 13 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, guru sekolah berkenaan memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa pada 6.26 petang.

Advertisement

“Sebaik tiba, mangsa dalam keadaan terbaring dengan kecederaan di beberapa bahagian badan”

Pelajar cedera

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang dan dimasukkan ke zon kuning untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dibelasah dua pelajar perempuan sekolah berkenaan sebelum ditemui.

Katanya, punca pergaduhan itu dikatakan kerana mangsa mengejek suspek yang kemudiannya tidak berpuas hati sebelum dibelasah. 

Polis juga sudah mengenal pasti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Apapun, siasatan masih dijalankan, jangan tuduh melulu ya! doakan yang baik baik jelah buat adik ni. Teruk juga kena, apa lah yang jadi sampai suspek marah sangat tu kan..

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...