Pelajar Pakai Baju Sekolah Bertulis Perkataan Lucah Dan Hina Guru Didakwa Di Mahkamah

Kehidupan

Pelajar Pakai Baju Sekolah Bertulis Perkataan Lucah Dan Hina Guru Didakwa Di Mahkamah

Minggu lepas, tular gambar dua orang pelajar tingkatan lima yang menghina guru mereka dengan menconteng perkataan lucah di baju sekolah sambil menunggang motosikal.

Hari ini, kedua mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan menghina tenaga pengajar. Mereka yang masing-masing berusia 17 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca dihadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan yang dibaca, pelajar terbabit didapati memakai baju sekolah yang bertulis perkataan yang membawa maksud menghina atau lucah terhadap para guru sehingga mengganggu keamanan awam di sekitar mereka.

pelajar carut guru didakwa

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bulatan Chempaka, Kota Bharu sekitar jam 4 petang pada 3 Mac lalu. Tertuduh didakwa mengikut seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum mengikut akta sama.

Tertuduh yang bersalah telah diwakili Peguam Yayasan Guaman Kebangsaan (YBGK) Malaysia, Nik Nazriani Nik Abd Rahman, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S Gayathri.

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diberi jamin RM100 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jun bagi sebutan semula kes dan laporan akhlak.

SUMBER

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...