Pelajar Miskin Dijanjikan Wang Untuk Lawan Juara Tomoi, Maut Dibelasah

Trending

Pelajar Miskin Dijanjikan Wang Untuk Lawan Juara Tomoi, Maut Dibelasah

Seorang pelajar kolej berusia 22 tahun meninggal dunia di hospital setelah bertarung dengan seorang juara tomoi di gelanggang.

Perlawanan itu diadakan di Chengdu pada 30 November. Ia menemukan Ming Jixian, seorang pelajar yang baru mencuba tomoi selama sebulan, dengan Wang Haoran, seorang ahli tomoi berusia 19 tahun yang berpengalaman dan mempunyai rekod 11-0 yang sempurna temasuk tiga pukulan KO.

Advertisement

Ming dilaporkan menyertai perlawanan itu setelah dijanjikan 240 yuan (RM 141.71), sama ada menang atau kalah. Berasal dari kampung, Ming tidak mempunyai banyak wang.

Perlawanan itu hanya bertahan 35 saat. Rakaman menunjukkan mereka berdua mendekati satu sama lain dan menendang sebelum Wang mengambil keputusan untuk berlawan dengan serius, menumbuk wajah Ming berkali-kali dengan sebelah tangan di belakang.

Ming jatuh ke lantai gelanggang dengan satu tumbukan ke kepala dan tendangan di perut.

Selepas itu, Ming jatuh koma dan setelah dirawat selama beberapa minggu di Hospital Chengdu, dia meninggal dunia pada Jumaat.

Untuk keluarga Ming yang miskin, bil hospital terlalu mahal. Laporan terbaru mengatakan, kos yang perlu mereka bayar mencapai 200,000 yuan (RM 118,088.58).

Untuk membayar bil tersebut, keluarganya terpaksa membuat kutipan dana dalam talian dan meminta pampasan dari penganjur perlawanan tersebut.

Penganjur telah memberikan pampasan sejumlah 80,000 yuan (RM 47,235.43) kepada keluarga Ming tetapi keluarganya inginkan lebih dari itu, meminta autopsi dijalankan terhadap Ming supaya maklumat autopsi tersebut boleh digunakan dalam tindakan saman yang bakal dikenakan terhadap penganjur tersebut. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...