Pelajar Maut Lepas Makan Spaghetti Yang Sudah Terbiar Lima Hari Di Dapur

Trending

Pelajar Maut Lepas Makan Spaghetti Yang Sudah Terbiar Lima Hari Di Dapur

Seorang pelajar meninggal dunia setelah makan semangkuk pasta yang sudah dibiarkan di atas kabinet dapur selama lima hari.


Pelajar 20 tahun dari Brussels, Belgium itu jatuh sakit setelah makan baki spaghetti yang telah dimasak lima hari sebelumnya dan disimpan pada suhu bilik.

Pemuda itu, hanya dikenali sebagai AJ, jatuh sakit teruk. Dia kemudiannya masuk tidur dan berharap akan sembuh bila bangun.

Advertisement

Dia ditemui mati keesokan paginya oleh kedua-dua ibu bapanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Dia memanaskan pasta itu dalam ketuhar gelombang mikro sebelum keluar untuk bersukan.

Dia bagaimanapun pulang ke rumah setengah jam kemudian kerana sakit kepala, sakit perut dan mual.

Dia muntah selama beberapa jam dan pergi ke tandas dua kali sebelum tertidur pada tengah malam.

Mayatnya ditemui 11 jam kemudian oleh ibu bapanya yang prihatin kerana dia tidak bangun untuk pergi ke kolej.

Bedah siasat menunjukkan yang pelajar itu mati serta merta akibat keracunan makanan yang diburukkan oleh bakteria yang dipanggil bacillus cereus.

Bacillus cereus ialah sejenis bakteria yang membentuk spora dan menghasilkan toksin, menyebabkan muntah dan cirit birit.

Walaupun mengalami simptom keracunan, dia mengambil ringan, hanya minum banyak air dan tidak mengambil sebarang ubat.

Sampel pasta dan sos tomato yang berbaki dari makanan itu dihantar untuk analisis ke Makmal Rujukan Kebangsaan untuk Penyakit Dari Makanan.

Hasil yang didapati, toksin dari bakteria itu sangat berbahaya, ia menyebabkan kegagalan hati pada AJ dan dan seterusnya membawa maut.

Kes itu antara yang dipaparkan dalam satu siri video YouTube oleh pakar perubatan, Dr Bernard, dan kini menjadi tular di YouTube.– amazingnara.com via Daily Mail

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...