Seorang pelajar yang meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat menyambung pengajian ke sebuah kolej swasta telah mengundang kecaman daripada netizen.
Dia yang memebritahu tidak menerima sebarang tawaran daripada universiti awam turut enggan menyambung pengajian ke tingkatan enam.
Menurutnya, apa yang menjadi masalah adalah ibu bapanya tidak mampu untuk menyediakan wang bagi menampung kos perbelanjaan di kolej swasta itu.
Seorang guru berkongsikan kisah pelajar ini di Twitter yang menurutnya merupakan permintaan oleh pelajar itu sendiri untuk mendapatkan pandangan orang ramai.