Pelajar Malaysia Yang Dirogol Di Indonesia Dibawa Pulang Ke Malaysia

Trending

Pelajar Malaysia Yang Dirogol Di Indonesia Dibawa Pulang Ke Malaysia

Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.

Advertisement

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan mahasiswi itu mengaku dia dirogol oleh tiga lelaki dalam kereta.

“Mereka bergiliran. Yang tidak melakukan itu katanya pemandu kereta,” kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan seperti dipetik oleh detik.com pada Selasa.

Laporan itu juga menyebut mahasiswi berkenaan masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Portal berita yang sama sebelum itu mengesahkan identiti mahasiswi berkenaan dengan pihak Universiti Padjadjaran. Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Advertisement

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Polis setakat ini masih menunggu laporan pemeriksaan doktor di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

“Dia akan pulang ke Malaysia hari ini,” kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.

Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

12 Comments

  1. ezzan

    May 21, 2014 at 4:26 pm

    untuk penuntut malaysia yg jd mangsa hanya kata2 simpati blh kami hulurkan, buat rakyat indonesia ikutlah spt rakyat kami biarlah undang2 yg menentukan krn hukuman dunia x seberat hukuman akhirat. rusuhan @ balibg taik bkn cara kami krn kami org bertamadun

  2. malaikat izrail

    May 21, 2014 at 12:59 pm

    Kalau la benda ni jd kt plajar depa mesti habih Malaysia.ni senyap ja.mna adil wooooiiiiii

    • hellokitty

      May 21, 2014 at 1:38 pm

      Kalau jadi kat pelajar depa kat malaysia ni, cnfirm akan ada demostrasi. Pastu mesti ada yg akan baling taik kat kedutaan malaysia. Kesian sgt kat mangsa ni. Aku x boleh bygkan kalau aku kat tempat dia.

    • alia

      May 22, 2014 at 8:02 pm

      Tak perlu kot kita nak rendahkan level kita dengan buat demo mcm yang dorang penah buat. Berdoa je lah pada Allah semoga pelaku dikenakan hukuman.

Loading...