Pelajar Malaysia Yang Dikhabarkan Menerima Biasiswa NASA Rupanya Menjadi Mangsa Penipuan

Trending

Pelajar Malaysia Yang Dikhabarkan Menerima Biasiswa NASA Rupanya Menjadi Mangsa Penipuan

Kisah kejayaan seorang pelajar tempatan Azhar Ali, 20 sekali lagi mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila dia membuat pengakuan yang mengejutkan. Azhar yang sebelum ini memuat naik perkongsian kegembiraannya yang terpilih sebagai salah seorang penerima biasiswa National Aeronautics and Space Administration (NASA) di Amerika Syarikat.

Namun, semalam dia tampil dengan kenyataan baru yang mengatakan dirinya telah menjadi mangsa scammer. Dia menjelaskan perkara ini menerusi laman Twitter miliknya. Penerimaan emel yang kononnya dihantar oleh NASA disedari oleh Azhar mengandungi beberapa unsur penipuan.

Advertisement

Emel tersebut telah meminta Azhar untuk menekan lampiran yang disertakan dan terdapat pautan yang membenarkan gambar dirinya dimuat naik untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Kemudian, Azhar lagi sekali menerima emel dari National University of Singapore (NUS) yang mengatakan dirinya akan melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah di universiti berkenaan. Namun, terdapat keraguan apabila emel tersebut tidak mempunyai ‘domain’ universiti terbabit.

Pada 20 Mac yang lepas, Azhar menyertai pertandingan reka bentuk sut angkasa NASA untuk kategori gred sembilan hingga dua belas. Menerusi pertandingan yang disertai, Azhar berharap untuk mendapat berita baik daripada pihak penganjur.

Bagaikan bulan jatuh ke riba, dua minggu kemudian Azhar menerima kiriman emel yang melayakkan dirinya tersenarai di kalangan satu peratus peserta terbaik untuk pertandingan itu. Azhar kemudian memuat naik status di Twitter untuk berkongsi kegembiraan yang diterimanya itu.

Namun, beberapa netizen yang turut peka terhadap taktik scam tersebut telah memeriksa kesahihan screenshot emel yang dimuat naik oleh Azhar.

emel NASA

Buat aduan pada NASA

Tindakan seterusnya yang diambil oleh Azhar ialah dengan memaklumkan perkara yang telah berlaku kepada pihak NUS dan juga membuat aduan di laman web rasmi NASA.

Berikutan kes ini, Azhar menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Penjelasan yang dibuat Azhar meminta agar netizen menghentikan segala tuduhan palsu terhadap dirinya.

Menyedari beliau juga turut menerima tawaran institusi luar negara, Azhar mengharapkan perkara ini tidak memberi kesan terhadap masa depan pengajiannya. Kejadian ini menyedarkan ramai pihak untuk sentiasa lebih berwaspada sebelum menerima sebarang ‘berita baik’.

Difahamkan juga, Azhar telah berjaya memperoleh markah tinggi 96.77 peratus dengan rekaan sut yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan dan logik serta konsisten. Hampir tiga juta peserta yang menyertai cabaran sut angkasa lepas Artemis 2024.

Daripada lebih tiga juta peserta yang mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis itu, rekaan Azhar dilaporkan memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik serta konsisten.

‘Kejayaan’ yang dikongsikannya turut mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun, beberapa individu mula mempersoalkan apabila nama Azhar tiada dalam rekod laman web NASA.

Tambahan pula, syarat penyertaan yang dikenakan oleh NASA terbuka hanya kepada penduduk tetap atau warga Amerika Syarikat sahaja. Ini merupakan pengajaran yang besar untuk Azhar dan yang lain untuk memastikan kebenaran sesuatu sebelum berkongsi di laman sosial.

Khairy Jamaluddin turut menulis di kenyataan twitter Azhar untuk tidak berputus asa dan meneruskan usaha untuk mengejar kejayaan yang lebih besar selepas ini.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...