Pelajar Malaysia Terima Tawaran Sambung Belajar Di 10 Universiti Berprestij Dunia

Kehidupan

Pelajar Malaysia Terima Tawaran Sambung Belajar Di 10 Universiti Berprestij Dunia

Yugendran Rajaendran, anak jati dari Klang ini merekodkan pencapaian membanggakan apabila menerima tawaran sambung belajar daripada beberapa universiti berprestij dunia. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana 10 tawaran yang diterimanya itu adalah daripada universiti di ranking terbaik dunia.

Antara tawaran yang diterimanya adalah dari Yale University, King’s College London, University of California Los Angeles (UCLA), New York University (NYU) and Columbia University, Stanford University dan banyak lagi. Melihatkan pada nama-nama universiti ini, syarat kemasukannya tidak semudah yang disangka.

Advertisement

Memilih Standford University

pelajar malaysia

Yugendran memilih untuk mengejar double degree dalam Bioengineering and Mathematical and Computational Science di Stanford University, California. Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang matematik. Sekaligus menjadi satu-satunya pelajar Malaysia di universiti kedua terbaik dunia itu.

Dia mengatakan bahawa dia memilih untuk menyertai Stanford University daripada semua institusi berprestij lain kerana kemudahan bioengineering yang canggih di universiti itu. Ia dapat membantunya dalam usahanya untuk menjadi saintis perubatan.

Selain itu, dia juga memilih jurusan Sains Matematik dan Komputasi (Sains Data) kerana dia berharap suatu hari nanti dia dapat bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pembuatan dasar penjagaan kesihatan tempatan.

Pencapaian cemerlang

pelajar malaysia

Pelajar cemerlang ini mendapat keputusan memberangsangkan iaitu 11A semasa SPM, kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat A-Level di Epsom College, Negeri Sembilan. Di sebalik kejayaan akademik ini, Yugendran mendedahkan dia membesar di dalam keluarga penuh berdisplin.

Ayahnya seorang mekanik motorsikal manakala ibunya pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Adik beradiknya yang lain juga turut sama cemerlang hebat dalam bidang akademik apabila tiga dari kakaknya kini terlibat dalam dunia perubatan.

Yugendran dijangkakan akan terbang dan menyertai komuniti Stanford yang terkenal di dunia ini pada akhir Ogos atau awal September tahun ini. Di mana semesternya bermula sekitar pertengahan September. Sebelum ini dia mendapat biasiswa Tune Libra dari ECM Libra Foundation, berkat rekod akademiknya yang luar biasa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...