Pelajar Malaysia Tak Sengaja Dapat RM13.8 Juta, Barangan Mewah Yang Dibeli Didedahkan Mahkamah Australia

Trending

Pelajar Malaysia Tak Sengaja Dapat RM13.8 Juta, Barangan Mewah Yang Dibeli Didedahkan Mahkamah Australia

1463234502935Mahkamah Australia telah mendedahkan senarai barang yang dibeli oleh seorang pelajar Malaysia di Australia yang menerima wang $4.6 juta (RM18.3 juta) secara tidak sengaja dari sebuah bank.

Antara barangan yang dibeli adalah beg tangan berjenama, pakaian, barangan kemas dan juga pembersih vakum ‘deluxe’.

Advertisement

Portal Sydney Morning Herald pada Ahad telah mengeluarkan senarai panjang transaksi pelajar yang berusia 21 tahun itu, Christine Jiaxin Lee, yang didakwa menggunakan wang yang dimasukkan oleh bank Westpac itu.

Antara barangan yang dibeli oleh pelajar tersebut menggunakan akaun Paypal :

  • Kamera Digital Selfie Sony
  • Dua kamera Casio
  • Vakum jenama Dyson
  • Bot Equestria Christian Louboutin
  • Bantal Chanel
  • 13 skarf & berdozen-dozen beg tangan Hermes termasuk satu beg tangan Hermes Himalayan Crocodile Birkin yang dijual pada harga $150,000
Dia kemudian didakwa menyalurkan wang tersebut ke bank Commonwealth dan menggunakannya di 20 pusat membeli belah antara bulan Januari dan April 2015, dengan jumlah perbelanjaan $1.2 juta.
  • Di butik Chanel, dia membelanjakan $20,050
  • Di Hermas dia membelanjakan $6,885
  • Di Christian Louboutin, dia membelanjakan $1,795
  • 4 hari kemudian, dia membelanjakan $42,695 di ¬†Bvlgari, Christian Dior dan Hermes.
Biarpun selepas akaun Wespac dibekukan, pelajar terbabit terus membelanjakan wang di akaun Commonwealthnya dengan mewah untuk tiga hari.
  • Dia membelanjakan $332,310 untuk tiga hari di butik Christian Dior di Sydney
  • $54,640 di Chanel
  • $15,553 di butik online Far Fetch.
Lee ditahan di lapangan terbang Sydney selepas dia mendapat pasport kecemasan untuk terbang pulang ke Malaysia.

Pelajar tersebut telah didakwa kerana secara tidak jujur mendapatkan manfaat kewangan dengan penipuan dan sengaja berurusan dengan hasil jenayah.

Pada hujung April, Lee telah memulangkan 27 barang, yang berjumlah  $1juta (RM 4.03 juta).

Pada awal Mei pula, mahkamah telah memberi arahan membenarkan Wespac untuk menyita apa-apa aset milik Lee untuk membayar balik lebihan $3,486,612.07 (RM 14 juta).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...