Pelajar Malaysia Buat Rumah Sewa Di Mesir Seperti Pusat Pengumpulan Sampah

Trending

Pelajar Malaysia Buat Rumah Sewa Di Mesir Seperti Pusat Pengumpulan Sampah

Sebelum ini kita pernah terdengar mengenai kes penyewa rumah pengotor yang sudah dibayangkan tahap pengotornya. Pinggan dibiarkan tidak berbasuh dan sampah bertebaran merata rumah. Tetapi biasanya kita mendengar ia berlaku di negara ini.

Kali ini lain pula kisahnya, kerana ia dilakukan oleh rakyat Malaysia di Mesir. Seorang pengguna Twitter menceritakan,  rakyat Malaysia yang belajar di Mesir telah meninggalkan rumah sewanya dalam keadaan kotor dan berselerak untuk bercuti selama tiga bulan tanah air.

Advertisement

Sehubungan itu, satu aktiviti sukarelawan telah dianjurkan dalam kalangan pelajar Malaysia di sana untuk membantu membersihkan rumah tersebut.

Tambah mengejutkan apabila yang menyewa ialah seorang perempuan Melayu. Dan seekor kucing juga didapati mati kerana terperangkap dalam rumah tersebut.

 

Pada mulanya pengguna Twitter ini merujuk kepada penyewa rumah tersebut sebagai ‘budak-budak’ kerana menyangka ramai yang tinggal menyewa di situ.

“Pelajar perubatan rupanya.”

Kemudian barulah dia mengetahui bahawa yang tinggal menyewa di situ hanya seorang pelajar perempuan sahaja.

Ramai menyuarakan rasa tidak puas hati kerana sikap pelajar tersebut yang membiarkan keadaan rumah sehingga seekor kucing mati.

Agak-agak, dia ada rasa bersalah tak tinggalkan rumah dalam keadaan begitu hingga menyusahkan orang lain? Diharap dia insaf selepas ini dan tidak akan memalukan nama Malaysia lagi. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...