Ramai yang terharu melihat kesungguhan pelajar ini kerana rasanya tak ramai yang sanggup buat perkara yang sama. Tambahan pula di luar negara dan di tempat belajarnya sendiri.
Muhd Afiq, pelajar kursus Perakaunan dan Kewangan di University of Essex bekerja sebagai cleaner secara part time semata-mata untuk membawa kedua ibu bapanya hadir hari graduasinya di sana.
Perkongsian yang dikongsi oleh rakannya di Facebook menceritakan perjalanan hidup anak muda ini yang datang dari keluarga yang susah. Ayahnya mempunyai kebun kelapa sawit dan kambing sebagai ternakan. Manakala ibunya hanya suri rumah sepenuh masa.
‘Ba paling bangga bang, dia tumbang lembu seekor dan kambing seekor. Setakat ni tak ada lagi anak kampung saya terbang gi UK. Senyum sungguh dia. Alang alang dah nazar, saya botakkan kepala.’
Afiq yang merasakan tanggungjawab sebagai anak sangat dekat padanya lagi-lagi dengan keadaan abangnya yang kelainan upaya. Disebabkan itu, beliau bersungguh-sungguh mahu membantu dan mengubah nasib keluarga.
Beliau nekad ingin menghadiahkan tiket penerbangan untuk kedua ibu bapanya kerana mereka tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini. Walaupun perlu menghabiskan masa rehat yang ada dengan bekerja sebagai tukang cuci di universitinya.
Lebih membanggakan, Afiq berjaya menamatkan pengajiannya sebagai Graduan Kelas Pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan di University of Essex. Wow, hebatnya!
Sumber: Facebook