Pelajar Malaysia Antara Penerima Biasiswa Rhodes, Biasiswa Yang Paling Berprestij Di Dunia

Trending

Pelajar Malaysia Antara Penerima Biasiswa Rhodes, Biasiswa Yang Paling Berprestij Di Dunia

Biasiswa Rhodes merupakan tajaan pengajian pascasiswazah antarabangsa paling berprestij di dunia untuk menyambung pelajaran tahap tinggi di Universiti Oxford.

Advertisement

Adnan Zikri Jaafar dari Malaysia yang merupakan seorang pelajar daripada fakulti seni dan sains Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat telah terpilih untuk menerima Biasiswa Rhodes bagi menyambung pengajian peringgat tertiari di Oxford. Fokus pengajiannya adalah perantaraan sosial berlandaskan bukti dan penilaian polisi, di samping sebuah lagi ijazah sarjana dalam bidang ekonomi kewangan.

Adnan merupakan bekas pelajar Kolej Tuanku Jaafar yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Pennsylvania menerusi program Huntsman dalam bidang Pengajian Antarabangsa dalam Perniagaan yang ditawarkan Fakulti Seni dan Sains dan Wharton School.

Jurusan pilihan Adnan adalah kewangan, statistik dan pengajian antarabangsa, dengan minor dalam matematik, ekonomi dan falsafah.

Selain menjadi felo Pengajian dan Perkhidmatan Fox dan siswa penyelidikan Wharton, pada musim panas lalu Adnan telah menjalani pengajian tentang zakat dan kaedah alternatif untuk menambahbaikkan cara pengagihannya di Malaysia.

Adnan juga menjadi sukarelawan untuk pasukan petugas organisasi bukan kerajaan yang fokus terhadap kebajikan pelarian di Philadelphia dan turut membantu di sekolah kanak-kanak pelarian Syria di Irbid, Jordan.

Apa yang lebih membanggakan, Adnan juga menjadi duta program kebajikan Giving What We Can universitinya.

“Kedua-dua siswa Rhodes terbaru kami berkongsi semangat untuk penglibatan dalam kebajiakn masyarakat, hak asasi manusia dan keadilan sosial. Fokus mereka merangkumi ciri-ciri terbaik para sarjana Penn yang sentiasa komited untuk mewujudkan perubahan yang mendalam di dunia.

“Chris dan Adnan sangat berbakat, terlibat dan komited yang sangat berhak mendapat pengiktirafan ini,” presiden Universiti Pennsylvania, Amy Guttman dalam satu kenyataan di laman web universiti itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...