Pelajar Maahad Tahfiz Dipukul Ustaz Kerana Keluar Asrama Hingga Kepala Berjahit

Trending

Pelajar Maahad Tahfiz Dipukul Ustaz Kerana Keluar Asrama Hingga Kepala Berjahit

Seorang pengguna Facebook bernama Shadam Zain mendakwa anak saudara sepupunya yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun serta rakan kanak-kanak itu cedera dipukul teruk oleh seorang ustaz di Maahad Tahfiz yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Shadam, mereka berdua dipukul oleh ustaz yang merupakan warden asrama kerana keluar asrama dengan kawan-kawan. Menurut Shadam, bahu anak saudara sepupunya terkehel akibat dipukul dalam kejadian itu. Terdapat seorang lagi rakan mereka yang turut dipukul tetapi tidak diketahui statusnya.
Tulis Shadam dalam status pada 26 Julai:

Advertisement

Anak nakan sepupu kena pukul ngan ustaz asrama Mahat Tahfiz Sungai Petani.. masok akai tak? Budak 10 tahun kot kuaq asrama ngan kawan-kawan sampai kena tibai dengan kayu besaq ibu jari orang dewasa. Kalo macam ni orang kata memgada tak taw la..kena rotan tak kisah lagi.. ni dah macam ni agak-agak apa perlu buat? Tiga orang kena tibai sorang lagi kepala berdarah, sorang lagi tak pasti.. adik ni sampai bahu terkehel.

Screen Shot 2016-07-28 at 7.57.39 AM
Terdapat pengguna Facebook yang mengatakan dibelasah sebegitu ialah perkara biasa sambil menceritakan pengalaman diri sendiri dibelasah guru dan berjaya melaluinya. Bagaimanapun, Shadam memberitahu yang pelajar-pelajar itu dibelasah teralu teruk sehingga trauma untuk datang ke sekolah.

Menulis status terbarunya pada 27 Julai:

Semalam anak menakan saya..hari ni baru dapat gambar kawan dia yang kena pukul terkoyak kulit kepala sampai berjahit tu.. sampai hampir pengsan.. tak kena kat adik/anak sendiri boleh la sembang pung pang pung pang. Benda umoq 10 tahun rotan/tampaq tu boleh terima lagi. Ni sampai katok kepala belasah macam penjenayah lagi trauma tak mau pi sekolah mana-mana dah.. kalo hari-hari ustaz tu suruh urut dia berjam-jam boleh tahan ke? Kuli ka? Cara macam ni mendidik? Kalo mendidik lagi cuba bagi orang pukul adik/anak sendiri.. nanti la faham perasaaan tu macam mana.. Maahad Tahfiz Huda Sungai Petani

Untitled-1

Pada pendapat penulis apa yang dilakukan ini memang melampaui batas sehingga kanak-kanak itu menerima jahitan. Apa yang pelik, ia dilakukan oleh seorang ustaz, yang sepatutnya sedia maklum bahawa melampaui batas ialah satu bentuk kezaliman dalam Islam. Berikut disertakan gambar-gambar yang lebih jelas.
42351
Sumber: Shadam Zainamazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...