Pelajar Lemah Soalan Format KBAT Berpunca Dari Penerimaan Dan Pemahaman Guru?

Trending

Pelajar Lemah Soalan Format KBAT Berpunca Dari Penerimaan Dan Pemahaman Guru?

Penerimaan dan pemahaman guru antara punca 169 buah sekolah berada di bawah tahap baik dan cemerlang hasil pemeriksaan penarafan amalan terbaik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Advertisement

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata statistik itu mewakili 60 peratus daripada 282 buah sekolah rendah dan menengah yang dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

“Dalam 282 sekolah hanya 40 peratus sekolah ini telah mencapai tahap baik dan cemerlang sementara 60 peratus sekolah masih ada masalah (berada di bawah tahap baik).”

“Hasil penilaian mendapati, masalah ini berpunca daripada penerimaan dan pemahaman guru-guru dan proses ini (menambah baik) sedang berlangsung sekarang. Guru-guru sedang dilatih, bukan sahaja melalui Kementerian Pendidikan malah melalui tenaga pengajar,” katanya.

Tambah Kamalanathan lagi, para guru yang telah dilatih dan dapat memahami budaya KBAT akan menjadi duta kementerian untuk memaklumkan kepada guru-guru lain serta cara untuk mengaplikasikannya.

Bagaimanapun katanya, para guru dari sekolah berkenaan juga sedang dibimbing menerusi ini inisiatif SIP+ dan SISC+.

Sementara itu, penilaian pelaksanaan KBAT dalam pentaksiran hanya dapat dilaksanakan sebaik sahaja analisis keputusan UPSR tahun 2017 diperoleh dengan membandingkan pencapaian calon berdasaran pertimbangan terhadap kualiti, ketekalan, ketepatan, keadilan dan bukannya membuat perbandingan dengan keputusan UPSR tahun lalu.

Jelasnya, keputusan dan prestasi UPSR tahun 2016 tidak boleh dijadikan perbandingan dengan keputusan UPSR bagi tahun-tahun sebelumnya kerana format serta instrument yang digunakan adalah berdasarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Apa Itu KBAT ?

KBAT adalah singkatan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Higher Order Thinking Skills – HOTS). Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk KBAT di kalangan pelajar ketika sesi PdP.

Soalan yang dikategorikan KBAT adalah yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif dalam memberi jawapan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti berfikir, untuk menjawab soalan-soalan KBAT.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...