Pelajar Korea Cipta ‘Mata Ketiga’, Bantu Untuk Kenal Pasti Penghalang Di Depan Mata

Teknologi

Pelajar Korea Cipta ‘Mata Ketiga’, Bantu Untuk Kenal Pasti Penghalang Di Depan Mata

Seorang pelajar Korea Selatan yang mengambil jurusan dalam bidang reka bentuk inovasi telah mencipta satu rekaan teknologi bagi membantu masalah individu yang terlalu obses dengan telefon bimbit sehinga tidak dapat melarikan mata mereka daripada skrin telefon.

Rekaan teknologi berbentuk seperti bebola mata itu dicipta untuk memberi amaran kepada penggunanya sekiranya terdapat halangan di hadapan ketika berjalan.

Advertisement

Paeng Min Wook,28, mencipta ‘The Third Eye’ yang dipasang di dahi itu menekankan teknologi tersebut direka untuk membantu manusia dan mengelakkan sebarang kemalangan berlaku ketika pengguna sedang sibuk menggunakan telefon bimbit.

kamera mata ketiga

Sumber : Reuters

‘Mata ketiga’ itu akan memberi tindak balas awal kepada individu yang memakainya. Contohnya, jika pengguna sedang hampir dengan penghalang di hadapan seperti tiang atau dinding dengan jarak satu atau dua meter, ‘mata ketiga’ akan berbunyi menandakan tanda amaran.

kamera mata ketiga

Sumber : Reuters

Berkongsi kepada Reuters, pelajar ini memaklumkan yang teknologi kelihatan seakan-akan mata ini diperbuat daripada bahan-bahan plastik lutsinar. Bukan itu saja, ia juga mempunyai pembesar suara kecil dan monitor di kawasan depan ‘mata ketiga’ tersebut untuk mengenal pasti halangan di hadapan.

kamera mata ketiga

Sumber : Reuters

Walau bagaimanapun menurut pelajar ini, ‘mata ketiga’ ini dicipta sebagai peringatan dan bukanlah jalan penyelesaian bagi sesiapa yang terlalu obses dengan telefon bimbit.

Dia berharap dengan adanya teknologi ini dapat menyedarkan kepada pengguna betapa bahayanya jika mereka mengabaikan keselamatan dengan hanya tertumpu pada skrin telefon ketika berjalan dan berpesan supaya tidak terlalu bergantung kepada ‘mata ketiga’.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...