Pelajar Jepun Cipta ‘USB Drive’ Menggunakan Otak Ikan Kecil Ini Sebagai Storan?

Trending

Pelajar Jepun Cipta ‘USB Drive’ Menggunakan Otak Ikan Kecil Ini Sebagai Storan?

Setiap orang mempunyai kreativiti ataupun proses pemikiran tersendiri dalam merealisasikan idea. Terbaru, seorang pelajar Jepun dalam bidang Kimia telah menemui cara baru  yang boleh dikatakan agak unik untuk menyimpan data dalam sebuah ‘USB Drive’.

Advertisement

Menggunakan otak ikan kecil yang disambungkan dengan  pelbagai bahagian elektronik, percayakah anda otak tersebut mampu menyimpan sebanyak 32gb memori.

Satu ciptaan yang sangat hebat apabila pada hakikatnya ikan tersebut sudah mati tetapi otaknya boleh pula ‘dibangunkan’. Tidak dinafikan ia sekaligus memberikan gambaran teknologi berkembang terus tanpa batas.

Keunikan ‘USB Drive’ ini mendapat perhatian beberapa pihak dan bakal dipamerkan di HandMade In Japan Fes 2019  berlangsung di Tokyo Big Sight pada 12 Januari ini.  Ia juga akan dijual dengan harga 7,800 yen ( RM295).

Sumber Berita : @ni28_xp

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...