Melalui laporan Berita Harian, Kementerian Pendidikan (KPM) mempertahankan tindakan pengurusan sebuah sekolah di Sabak Bernam yang mengejarkan pelajar yang ditemui jatuh dari tingkat tiga asrama ke hospital, sebelum menghubungi waris.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, ketika keadaan cemas, pihak sekolah memberi fokus utama mereka untuk menyelamatkan pelajar Tingkatan Tiga itu terlebih dahulu.
Ya, bapanya dimaklumkan selepas pelajar itu dibawa ke hospital. Mungkin (bagi) satu pihak, itu adalah satu kelewatan tetapi pada satu pihak pula itu adalah satu kebijaksanaan… fokus utama.
Difahamkan penjelasan itu dibuat ketika sidang media petang tadi susulan kemalangan yang menimpa seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Selangor, awal pagi hari ini.
Sebelum ini, seorang pelajar Tingkatan Tiga dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama di sebuah sekolah di Sabak Bernam dan masih belum sedarkan diri lagi.