Pelajar IPT Maut Ditikam Rakan Sebelum Dicampak Dari Tingkat 26

Kehidupan

Pelajar IPT Maut Ditikam Rakan Sebelum Dicampak Dari Tingkat 26

Seorang pelajar berusia 24 tahun dari sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) maut ditikam berkali-kali sebelum mayatnya dicampak melalui balkoni di sebuah kondominium Damansara Perdana.

Mangsa disyaki ditolak dari tingkat 26 dan mayatnya dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat dua bersebelahan yang dalam proses pembinaan.

Advertisement

Menurut Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu daripada seorang lelaki warga tempatan sekitar pukul 1.17 tengah hari, pada hari yang sama.

“Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan polis dari Unit Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah memberkas seorang lelaki warga tempatan berumur 24 tahun di kawasan tempat letak kenderaan, Bandar Sunway, Subang Jaya sekitar pukul 4.25 petang”.

Tambahnya, suspek juga mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan mendapat 100 jahitan dipercayai akibat bergelut dengan mangsa.

“Polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek, antaranya telefon bimbit, serangkai kunci rumah dan kereta, sijil cuti sakit dan kad temu janji dari pusat perubatan swasta atas namanya”.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada badan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

“Motif pembunuhan dipercayai akibat tidak berpuashati berkenaan hasil jualan dadah dan juga masalah hutang antara suspek dan mangsa”.

Suspek juga didapati positif dadah jenis ganja dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...