Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama, Keluarga Tak Puas Hati Layanan Pihak Sekolah Dan Polis – “Anak Kami Bukan Anak Kucing!”

Kehidupan

Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama, Keluarga Tak Puas Hati Layanan Pihak Sekolah Dan Polis – “Anak Kami Bukan Anak Kucing!”

Pemergian seorang pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina binti Mahathir, pada 17 Julai 2025 di sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh milik KPM, mengundang persoalan besar daripada keluarga yang masih keliru dan trauma dengan kejadian yang berlaku.

Zara yang dikenali sebagai anak patuh, lembut dan rajin solat, dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekitar jam 2–3 pagi. Namun, keluarga mempersoalkan bagaimana kejadian berlaku tanpa sebarang saksi, jeritan, atau kesan pergelutan, walaupun ramai pelajar dikatakan masih berjaga ketika itu.

Advertisement

Keadaan fizikal Zara ketika ditemui juga menimbulkan tanda tanya. Walaupun kecederaan dalaman sangat parah tengkorak retak, organ dalaman gagal, dan kaki terkehel wajahnya langsung tidak cedera. Posisi badan pula dikatakan seolah-olah ‘diletakkan’, bukan hasil jatuhan biasa.

Lebih mengejutkan, keluarga mendakwa terdapat cubaan awal oleh pihak sekolah untuk menghalang mereka membuat laporan polis. Pengetua dikatakan memujuk ibu agar tidak membuat laporan kerana pihak sekolah kononnya sudah berbuat demikian. Namun laporan tetap dibuat oleh waris kedua.

Keluarga turut menzahirkan rasa kecewa terhadap layanan pihak sekolah dan pegawai penyiasat yang dikatakan sambil lewa. Beberapa barang peribadi Zara diserahkan tanpa kehadiran ibu kandung, manakala sesetengah guru yang hadir ke hospital lebih cenderung mengambil gambar berbanding memberikan sokongan.

adik zara jatuh

Apa yang lebih membimbangkan, keluarga mendakwa terdapat kecenderungan pihak tertentu untuk mengarahkan naratif kepada ‘bunuh diri’  sesuatu yang mereka tegas menolak.

“Kami redha… tapi kami tidak akan diam,” tegas waris Zara yang mahu keadilan ditegakkan dan siasatan semula dijalankan secara telus, bebas dan tanpa campur tangan mana-mana pihak berkepentingan.

Mereka turut mengingatkan masyarakat agar tidak meninggalkan komen yang menyakitkan hati atau menyebarkan semula kandungan tanpa izin, kerana ianya dilindungi oleh undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

program ehati
2025-07-25 09:25:19

(TERKINI) JAIS Tahan 6 Individu, Siasat 320 Saksi Program eHati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...